ZOO JOHOR

MYR

Waktu Operasi Zoo Johor (siang) :

Setiap Hari 
9.00am - 6.00pm (Kemasukan akhir pada jam 5.00pm)

Ditutup pada setiap hari SELASA 
*kecuali cuti sekolah atau cuti umum

Jumaat
8.30am - 12.30pm
12.30pm - 2.00pm (Rehat)
2.00pm - 6.00pm
(Kemasukan akhir pada jam 5.00pm)

Waktu Operasi Zoo Johor (Malam)

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah
8.00pm - 11.00pm
(Kemasukan akhir pada Jam 10.00pm) 

Waktu rehat : 6.00pm - 8.00pm 


Terma dan Syarat Pembelian Tiket Online - Zoo Johor
1. Perlindungan dan Kerahsiaan Maklumat Peribadi
(a) Maklumat peribadi yang dikongsikan oleh pembeli, termasuk nombor kad pengenalan (MyKad) atau nombor pasport,
akan digunakan bagi tujuan:
(i) Menentukan kewarganegaraan atau bukan kewarganegaraan untuk pengiraan harga tiket.
(ii) Menentukan kategori umur pembeli untuk klasifikasi harga tiket.
(b) Zoo Johor komited untuk melindungi data peribadi pembeli mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)
atau mana-mana perundangan berkaitan yang terpakai.
(i) Maklumat peribadi tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa persetujuan kecuali sebagaimana yang diperlukan
oleh undang-undang.
(ii) Prosedur keselamatan yang ketat dilaksanakan untuk memastikan maklumat pembeli kekal sulit dan selamat.
2. Ketepatan Maklumat Tiket
(a) Pembeli bertanggungjawab untuk memastikan butiran pembelian tiket adalah tepat sebelum mengklik butang bayaran,
termasuk:
(i) Tarikh dan hari lawatan.
(ii) Kategori tiket (dewasa, kanak-kanak, warga emas, dll.).
(iii) Kuantiti tiket.
(b) Bagi bayaran melalui kad kredit, kad debit atau perkhidmatan perbankan
internet seperti Maybank2U atau lain-lain bank, pembeli hendaklah memastikan pembeli adalah pemilik akaun dan maklum
mengenai pembayaran tersebut.
(c) Sebarang kesilapan dalam pengisian butiran maklumat adalah muktamad dan tidak boleh dipinda selepas transaksi
selesai.
3. Pengesahan Pembelian
Selepas penerimaan pembayaran, pembeli akan menerima resit dan tiket yang tertera QR Code
melalui emel yang telah didaftarkan. Sila bawa bersama resit dan tiket tersebut semasa berkunjung ke Zoo Johor bagi
mengelakkan sebarang permasalahan.
4. Polisi Bayaran Balik (Refund)
(a) Semua transaksi adalah muktamad.
(b) Kesemua bayaran yang telah diterima tidak akan dibayar balik kepada pembeli atas kesilapan memilih tarikh, kategori
tiket, atau kuantiti kecuali di dalam keadaan
tertentu yang akan ditentukan oleh pihak pengurusan antaranya permasalahan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah
teknikal laman web/sistem atau permasalahan berkaitan sistem perbankan.
(c) Proses bayaran balik adalah dalam tempoh 14 hari dari tarikh masalah dikenalpasti.
Bayaran balik hanya akan dilaksanakan setelah bukti pembayaran dikemukakan kepada pihak pengurusan. Dokumen yang
lengkap perlu disertakan sebagaimana berikut:
1. Surat permohonan dari penama/penuntut.
2. Resit asal bayaran atau perakuan sumpah jika ada.
3. Penyata bank kemasukkan pembayaran tersebut.
4. Salinan buku bank/penyata bank pemohon.
5. Salinan kad pengenalan pemohon.
6. Lain-lain dokumen yang menjelaskan bahawa bayaran tersebut perlu dipulangkan.
5. Polisi Menukar Tarikh Tiket
Perkhidmatan pembelian tiket secara dalam talian ini beroperasi atas polisi penukaran tarikh adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya pengunjung tidak dapat hadir pada tarikh yang telah dijadualkan,
penukaran tarikh adalah tidak dibenarkan dan tiada pulangan bayaran akan dibuat.
Dengan meneruskan pembelian, pembeli dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.
6. Had Tanggungjawab
Pihak pengurusan tidak menjamin bahawa fungsi yang terdapat di dalam laman web ini tidak akan terganggu atau bebas
dari sebarang kesalahan. Pihak pengurusan juga tidak akan bertanggungjawab
atas sebarang kerosakan, kemusnahan, gangguan perkhidmatan, kerugian, kehilangan simpanan atau kesan sampingan
yang lain ketika mengoperasikan atau kegagalan mengoperasikan laman web ini, akses tanpa kebenaran, kenyataan atau
tindakan pihak ketiga di laman web ini atau perkara-perkara
lain yang berkaitan dengan laman web ini.
7. Pembelian Tiket Zoo Malam
a) Tiket yang dibeli hanya boleh digunakan sekali masuk sepanjang waktu operasi zoo. 
b) Kemasukan untuk zoo malam hanya dibenarkan bermula pada jam 8.00pm sehingga 10.00pm sahaja. 
c) Tiket yang dibeli bukan bersifat _one day pass_ tetapi sekali kemasukan.